Friday, 27 June 2014

Cerpen : Aku Bukan Penulis Takdir


Johor-4:15 pm / 6 Februari 2013

Pensel di tangan menari nari di atas diari merah jambu kesayangan,

Hai Jasad,
Apa kau tidak letih melakukan perkara yang sama setiap hari?
Hai Dunia,
Apa kau tidak letih melihat ragam manusia yang pelbagai?
Sungguh aku letih dengan permainan dunia ini.
Nash 060213

Aku menutup diari kesayangan. Perlahan aku menarik laci di bawah meja. Lalu aku simpan diari tersebut. Bingkas aku bangun mengambil sweater yang disangkut di belakang pintu. Aku menyarung sweater belang tu. Bosan duduk rumah. Aku capai deck. Berlari aku keluar dari rumah. Aku hantar mesej je kat mak kata aku keluar. Padahal duduk satu rumah. Aku ngan mak bukannya mesra alam pon.

Aku biarkan rambut aku tidak terikat. Lantaklah, bukannya tebal sangat pon rambut ni. Semakin laju aku menggerakkan skateboard. Ramai kata aku tak layak jadi skatter sebab aku perempuan. Ah manusia, suka menyebok. Lantaklah, dunia aku.

Mak aku selalu bebel suruh aku pakai tudung. Lahai, remaja swag, takkan nak bertudung, common lah. Janji aku tak tinggal solat sudahlah. 

“Nash! Asal laju sangat? Tunggulah”

Amin menjerit. Aduh mamat ni, kenapalah suka sebok?

“Ha, kau nak apa?"

Aku memperlahan pergerakanku.

“Hehe, cantik rambut kau”

“Blahlah kau”

Ciskek punya mamat. Aku menutup kepalaku dengan penutup kepala. Ah orang panggil apa tah yang dekat belakang  sweater ni. Ada aku kesah? Aku terus menggerakkan skateboard hitam putihku. Pemberian Iz. Walaupon aku dengan Iz dah tak berhubung, aku pon pelik kenapa dia pergi tanpa sebab. Sedih? Memanglah sedih. Satu satunya kawan skatter perempuan aku.

“Allahu akbar Allahu akbar”

Azan. Aku berhenti seketika. Duduk di bangku yang disediakan. Hormat azan meh. Eheh. Habis azan aku baca doa lepas azan. Perr terabur. Eh? Aku teruskan berskateboarding. Dalam setengah jamla jugak aku cari ketenangan.

Aku bergerak ke surau yang berdekatan. Aku ambil wudhu cepat cepat. Solat aku pon tak delah khusyu mana pon. Haihh Nash Nash. Usai solat aku lalu beranda surau tu. Nampaklah ada bulatan gembira dekat situ.

“Cuba bayangkan, kita tengah jalan, tiba tiba ada lori langgar kita. Masa tu kita belum solat lagi. Adakah itu kita mati dalam husnul khotimah?”

Dushh! Macam ada penumbuk melekat di jiwa. Aku terduduk. Weh dia usrah ke perli ni? Sentap weii.

“Bekalan kita dah cukup ke nak jumpa Dia? Aurat kita, kita ni perempuan, aurat tu penting. Tak takut ke azab neraka?”

Dush Dushh Dushh. Kenapalah aku singgah surau ni. Deep kau tau tak?

“Deepnya kak”

“Adik, Akak tak mau deep, akak nak perubahan. Deep je, apalah sangatkan?”

Ciss, baik aku blah. Lagi lama lagi banyak dushh dushh kang.

Aku jalan depan bulatan gembira tu. Mereka semua perhati aku. Lagi lagi ‘akak’ yang bagi aku dushh tu. Jap, macam kenal. Aku pandang dia. Dia pandang aku.

“Iz?”

Mulut aku ni, ishh, salah orang lah,
“Maaf, salah orang”

Aku cepat lari. Skateboard aku terjatuh dari pegangan. Aduhh. Aku pusing ke belakang. ‘Iz’ capai skateboard aku. Aduh dia nak usrah aku ke hapa?
“Nasha Amalia”

‘Iz’ tersenyum.

Sah! Memang dia Iz.

“Nasha, masih berskateboarding lagi? Pakai deck yang aku bagi lagi”

Aku jeling dia. Terus aku berlari. Skateboard? Lantaklahh. Dia dah jumpa tuan dia.

“Nasha”

Iz jerit panggil nama aku. Aku abaikan je. Air mata menitis laju. Eh kenapa aku nangis? Gilalah.
Aku terus ke tasik. Port aku bila aku sedih. Penat jugak lari. Sebelum ni aku dengan skateboard je. Haishh . Aku duduk bersandar pada pokok.

_______________________________________________________________ 

Back to time..

Aku jalan memasuki skatepark. Litar dia menarik. Aku nampak seorang perempuan sedang slipped-off decknya. Kagum aku dengan kehandalannya. Mungkin dia nampak aku usha dia. Dia datang dekat pada aku, dia hulur decknya. Hitam putih. Samat gilalah.

“Buat apa?” Aku seperti orang bodoh pulak Tanya.

“Hahaha. Aku ajar kau main nak?”

Dia ketawa. Weiii aku tampar pipi aku. Dia nak ajar aku main. Wehh. Mimpi apa ni?

“Dah kenapa kau ni? Aku Iz. Izaziah. Kau?”

“Nash, Nasha Amalia. Aku tak percaya kau nak ajar aku”

Aku terkinja kinja seperti monyet. Happy bak hang.

“Dah jom”

____________________________________________________________

“Izz, aku simpan lagi skateboard tu. Izz kenapa kau pergi tanpa tinggalkan jejak? Kenapa?!”

Aku menjerit, lega. Tapi tak mampu mengeringkan air mata aku ni.

“Aku dah lagha sangat dengan dunia ni, Nasha. Maafkan aku. Aku tau aku salah”

Aku tersentak. Iz? Nak apa lagi ni? Aku pandang mata dia. Merah. Macam baru lepas nangis. Rindunya dengan kau. Ah! Tepis tepislah perasaan ni.

“Kau nak apa?”

Mulut aku meluncur laju bertanya.

“Nak kau maafkan aku?”

Haihh, senangnya kau cakap? Kau tau lama aku cari kau? Kau buat aku macam tunggul kau tau? Tak mampu aku ucap. Hanya bermain main di hati.

“Tak sangka kau dah berubah, tudung labuh. Stokin lagi. Jadi naqibah lagi tu. Haih dah lupa skateboard ke? Ke dah mohon jadi ustazah dekat tadika?”

Aku Tanya sinis. Memang aku sengaja buat begitu. Biar dia tau. Biar dia rasa.
Dia hanya menyepi. Aku tau dia terasa. Lantaklah. Tapi, hati aku rasa.. Am I doing the right thing? Iz tak bersuara lagi.

“Iz, aku..”

“Izaz. Panggil aku Izaz”

Dia memotong percakapanku. Puihh sampah. Aku tersenyum sinis.

“Izaz, Izaziah” Suara aku amat sinis. Aku suka begitu. Hati aku masih sakit.

“Kau masih ingat kali terakhir kita jumpa? Aku jatuh dari litar. Siku aku berdarah kan? Aku balik rumah, ayah aku nampak. Dia marah aku. Dia kata aku tak de masa depan. Esok tu dia bawak aku pergi Istanbul. Tapi seminggu je kat sana, bila balik sini,”

Aku dengar Iz seperti menahan esakan. Aku biarkan je. Jahat ke aku?

“Bila balik sini, terus ayah bawak aku balik Perlis. Dua tahun kat sana. Bulan lepas aku balik sini. Aku join usrah. Baru hari ni aku jadi naqibah sebenarnya”

“Kenapa kau tak call aku?”

Aku tak memberi komen langsung akan ceritanya. Eh cerita dia tak menjawab langsung soalan yang berlegar dalam otak aku. Kenapa dia tak angkat Call aku? Tak balas mesej aku? Kenapa dia tak contact aku? Sedangkan aku dan dia masih menghirup udara di dalam negara yang sama.

“Ayah aku rampas handphone aku, laptop aku, tab aku. Aku tak dibenarkan hidup macam dulu lagi”

Alasan kan semua tu Iz? Aku tau kau hafal nombor aku. Lantaklah. Aku lihat jam di pergelangan. 6:26 pm. Aku nak balik. Aku bangun, melintas di hadapan dia. Muka amat bengis.

“Aku nak balik. Nanti mak aku marah pula”

Hahaha. Mak aku? Dia mana kesah pasal aku. Aku balek besok pon dia tak kesah. Selagi orang tak membuka mulut pasal aku, selagi tu dia tak kesah. Kalau orang ngumpat pasal aku, pasti nama dia naik. Tu yang baru dia reti nak marah. Jaga nama sangat. Aku tau Iz pasti tak percaya alasan aku ‘nanti mak aku marah’ dia kenal mak aku macam mana. Sahabatlah katakan. Sahabat ker? Err ex-sahabat mungkin?

“Skateboard kau?”

“Skateboard kau!”

Aku dah tak nak mengaku tu skateboard aku.
______________________________________________________



Nama aku Nasha Amalia binti Abdul Naziz. Abdul Naziz bapa aku. Ke mana bapa aku? Aku pon tak tau. Yang pasti bapa aku kahwin 3. Aku tinggal dengan isteri ke tiga dia. Mak aku. Bukan mak kandung. Aku pon tak tau ke mana ibu kandung aku. Yang aku tau ibu kandungku isteri pertama. Selepas ‘peristiwa’ itu aku tak pernah jumpa ibu aku lagi.

Aku lihat ayah aku. Wait what?! Ayah ke tu? Ya, ayah aku. Sedang bercakap dengan mak diluar pagar rumah.

“Ayah!” suara eksaited aku dah keluar. 

Rindu! Ya, dah 2 tahun lebih ayah tak pulang. Atau lebih menyepi.
Ayah pandang aku. Senyum pon tidak. Terus masuk dalam keretanya. Laju kereta ayah memecut. Aku terkilan.

“Kenapa?”  

aku tak mampu meneruskan kata. Laju air mata turun. Murahnya mutiara mahal aku hari ini. Cepat cepat aku seka air mata ini. ‘Be tough,self’. Aku berjalan mendekati mak. Aku ingat dia nak marah. Tapi dia senyum. Haihh mimpi apa mak aku ni? Aku masuk dalam rumah lantas aku ke bilik. Aku bukak sweater di badan lalu aku campak atas meja. Aku melayan perasaan. Aku biar air mata menitis. Aku pergi ke meja. Aku buka laci dan ambil diari kesayangan. Aku coret sesuatu.

Hari ni, aku jumpa Iz. Izaz. Aku jumpa ayah. Dua tahun lebih. Aku jumpa mereka lagi hari ni.
Ayah langsung tak tegur aku. Air mata aku hari ni murah. Aku rindu ayah, aku rindu izz.
Ayah, Nash bukan anak ayah ke?

Air mata jatuh atas buku. Aku tutup buku. Aku ambil tuala, pantas kakiku bergerak ke bilik air.
__________________________________________________________________________


Rambut aku dibelai, nyaman sungguh rasa. Seperti ada seseorang yang cuba menumpahkan sedikit rasa kasih sayang pada aku. Aku terbuai dengan belaiannya. Seketika aku tersedar. Aku pandang kiri kanan. Sapa yang membelai aku tadi? Ah, aku mimpi saja.  Aku lihat jam di dinding. 3:20 am. Erm, qiamulail pon ok ni.

Usai qiamulail aku tak dapat tidur. Aku teringat pada belaian itu. Belaian dari ibu. Aku rindu belaian ibu. Walau aku tau itu mimpi,  Oh air mata, jangan menitis lagi. Aku membelek diari kesayangan. Aku buka membelek pula isinya. Dari setiap helaian ke satu helaian. Aku berhenti pada satu halaman. Aku baca semula coretan hati itu.
Aku tak pinta ini berlaku,
Atas kecuaian aku,
Aku dipulaukan,
Tika itu aku masih kecil,
Kenapa aku yang harus dipersalahkan?
091212

9 tahun lalu. When I was 9.
Dalam perjalanan nak ambil kakak tiri  di sekolahnya. Ni first time kot nak jumpa anak kepada isteri ayah yang ke-2. Konon nak aku berkenalan kata ayah.

___________________________________________________________________________

“Nasha, tengoklah adik ni. Memberontak pula” ayah mengarah aku.

Aku buat endah tak endah saja. Adik aku makin kuat tangisan dia. Adik aku tapi berlainan ibu. Well ayah kan kahwin3. Aku buat bodoh. Malas nak layan. Dia dah tumpahkan air coke atas baju kesayangan aku. Agaklah.

“Nasha, tolong tengok adik ni. Ayah nak memandu ni” ibu pula bersuara.

“Ayahhh, adik nak mainan.. Ayah..” adik aku merengek.

Rengekan dia buat aku menyampah, aku buka tudung aku lalu melibas ke kepalanya. Tindakan drastik. Tak menjangkaui fikiran aku. Tak terdetik hati aku nak berbuat begitu. Adik ku ke tersungkur ke hadapan. Libasan itu amat kuat. Sungkuran adik aku membuat ayah aku tidak mampu mengawal kenderaan. Kereta aku terbabas, melanggar pokok di hadapan.


***

‘If I was your boyfriend I never let you go’ nyanyian Justin bieber kedengaran. Aku tersentak dari lamunan. Nombor tidak dikenali. Jam menunjukkan pukul 5:15 am. Eh? Halimunan mana call aku pagi pagi buta ni. Buta ke? Sempat aku merepek. Butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum Nasha”

Aku terdiam. Menyepi.

“Nasha, Are you there?”

“Sure”

“Izaz ada hal penting nak bagi tau ni, boleh jumpa esok? Dekat tasik, ni tentang kehidupan Nasha sendiri” lembut suara Izz menutur kata.

“Save lagi rupanya nombor aku”
 entah kenapa aku rasa aku jadi sebegini kejam. Senyum amat sinis.

“Hurm Nasha, sampai bila kau nak terus macam ni? Esok aku datang dengan ayah kau. Pukul 2:30. Aku harap sangat kau datang”

“Ayah?”

Iz mematikan talian. Aku bungkam.

**
Aku bermundar mandir di taman. Kelibat Iz tidak kelihatan. Ye lah. Aku datang 30 minit lebih awal. Terlebih excited. Kalau ikutkan hati, tak mau aku datang bertentang mata dengan Iz. Tapi perkataan Ayah bagai ada magnet yang menarik aku ke situ.
30 minit berlalu.

Aku Nampak Iz, berpimpin tangan dengan ayah Kenapa pimpin tangan? Ayah kahwin lagi ke? Dengan Iz?


                                                                     Bersambung..

Kalau nyawa masih panjang dan Dia beri keizinan untuk aku menyambung cerpen ini, akan ku sambung minggu/bulan/tahun depan.

Minta comment dan selamat menyambut Ramadhan. Malam ni terawih.


Saturday, 21 June 2014

Pura


Aku sudah penat,
Penat pujuk hati,
Penat berpura pura.

Bukan aku sengaja berpura,
Cuma aku terpaksa begitu,
Kalau tidak aku akan lebih disakiti.

Bukan aku tiada perasaan,
Cuma sengaja begini,
Supaya hati aku lebih kuat,
Tidak mudah disakiti,
Walau hakikatnya sentiasa disakiti.

Aku juga punya hati,
Yang juga layak untuk dibela,
Mungkin kau tidak nampak,
Di mana terletaknya hati insan hina seperti aku.

Tidak mengapa,
Selagi aku mampu,
Aku akan terus berpura senyum,
Untuk buat hati kau penuh bahagia.

Tidak apa, itu janji aku.

Entah lagi

Bukan aku tak mau berbicara,
Aku sudah penat dalam dalam berkata.

Bukan aku tiada tempat untuk meluah selain Dia,
Tapi cukuplah pena menjadi teman setia.

Bukan aku tidak percaya pada manusia,
Tapi aku sudah lali dengan kata kata manis manusia.

Aku juga manusia,
Aku juga pernah berkata manis,
Aku sudah takut dalam berkata kata.

Cukuplah Dia yang menghakimi,
Apa yang aku lakukan,
Pasti ada balasan.

Ini bicara aku,
Bicara kosong yang tiada makna,
Bicara aku terhadap diri yang sering alpa.

Tiada apa pada diri aku yang kau dapat lihat,
Cuma bayangan dosa yang menghantui.

Cukuplah berkata,
Cukuplah menunding jari sahaja,
Cukuplah mengira dosa.

Doakanlah aku,
Jadi manusia yang punya kekuatan,
Untuk tempuh segala onak duri dunia,

Aku tau,
Sumber kekuatan ada pada Dia,
Cuma aku mau secebis kekuatan dari kau.

Thursday, 5 June 2014

Entah

Ya, benar, Amal aku masih belum cukup, Untuk bawa aku ke syurga.

Dosa aku, Lebih banyak dari pasir yang ada di bumi, Lebih tinggi dari gunung tertinggi, Lebih dalam dari laut terdalam.

Pahala aku, Kau boleh kira, Andai saja ada nombor lebih kecil dari KOSONG, Cukup itu dapat menggambarkan pahalaku.

Aku terlalu lagha, Asyik dengan dunia, Hingga aku lupa pada kehidupan selepas ini.

Aku bukan yang terbaik, Lagi lagi dari kalangan yang terbaik. Usah kau pertikaikan amalanku,
Jaga amalan mu juga.

Bukan aku tidak mahu diingati,
Tapi cara kau mengingati itu.

Kau lihat aku masih mampu tersenyum, ketawa kegembiraan. Ah!! Andai saja kau tahu apa yang bermukim di hati.

Aku masih tersenyum, Atas pertolongan dia, Aku berpaut padaNya, Membuat aku masih mampu berdiri.
Aku amat berterima kasih pada Dia, Di saat aku memerlukan, Dia hadir hulur bantuan, Walaupon, Dia yang hadirkan rasa sedih itu.

Bukan kau.

Ya, sungguh aku lemah,
Tapi aku harus kuat,
Demi Dia, yang maha esa,

Mari, genggam tangan aku, jangan lepas, sama2 kejar Jannah jom ;)

Wanna be my neighbour in Jannah?
"Kita bina ukhwah nak?"-aie
"Allah tahu apa yang kita tak tahu. Allah dah susun perjalanan hidup kita dengan sempurna. sejak azali lagi." - qif
"Manusia berjiwa, harus ada calarnya" -Qalbie

Terima Kasih.

Tuesday, 3 June 2014

Ujian dari Dia

\


Aku berjeda seketika, Sedang menahan peritnya ujian, Ujian yang diberi,
Oleh Dia.

Aku melihat bintang, Bersinar menerangi pekatnya malam,
Ahh andai saja aku bisa jadi seperti bintang, Membantu malam menerangi bumi.

Mengapa aku yang dipilih? Dipilih untuk pikul beratnya ujian,
Adakah Dia tidak sayang aku? Membebani aku dengan seberat-berat ujian?

Sedang aku leka termenung, Hujan turun dengan lebatnya,
Ah!!! Ujian lagi,
Aku biarkan diriku dibasahi hujan, Aku tempuh 'Ujian' itu.

Hujan sudah berhenti,
Baguslah, aku mampu redah 'ujian' kali ini,
Aku benci ujian,

Tiba-tiba muncul pelangi, Hati aku jadi damai,
Tenang, Ohh Ada hikmah rupanya 'ujian' tadi,
'ujian' itu beri aku hadiah,
Hadiah yang amat Indah.

________________________________________________________________________

Ya, Allah uji tanda Dia sayang,
Makin Allah sayang,
Makin bnyak ujiannya.

Jangan risau,
Allah bayar nanti,
Bayar dengan syurga.

"Apalah sangatkan ujian di dunia, nak dibandingkan dengan nikmatnya syurga?"

Bila kau ditimpa dengan ujian,
Pujuklah hati kau,

"Qawiyy Ya Qalbie, Allah sayang aku"

Kau kuat, sebab tu Allah uji kau,
Ingat, Allah tak akan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu.

Bersyukur dgan Setiap ujian, Jangan mengeluh,

Allah sayang kau. *Wipe your tear


Low class


Aku tak suka,
Tak suka dibandingkan,
Dibandingkan dengan mereka.

Sakit hati,
Ya, itulah yang aku rasa.

Aku tidaklah sebaik mereka,
Aku sedar tu,
Aku sedar aku tak cuba untuk jadi seperti mereka.

Mungkin,
Mungkin kau menyesal,
Menyesal adanya aku,
Aku yang tidak seperti mereka.

Mereka di tempat mereka,
Aku tau itu,
Tempat yang terbaik di mata kau.

Dan aku?
Aku di mata kau adalah,
Yang terbawah

Monday, 2 June 2014

Haters



Biarkan mereka,
Biarkan mereka terus mengutuk kau,
Mencaci kau.

Mungkin,
Mungkin dia sudah bersedia,
Bersedia untuk mencari kau di mahsyar kelak.

Kau,
Teruskan berlari,
Bila penat jangan berhenti,
Teruskan berjalan,
Jangan toleh ke belakang,
Jika kau toleh,
Kau akan nampak mereka,
Ketawakan kau kerana penat berlari.

Dan kau,
Maafkan mereka,
walau mereka amat menyakiti,
Kau perlu maafkan orang,
Macam mana kau nak orang maafkan kau.

Kau perlu tabah,
Ya aku tau,
Tabah,
Senang disebut,
Payah untuk dilakukan.

Aku tau bagaimana rasanya,
Dicemuh,
Dikutuk,
Lagi-lagi,
Di khalayak ramai.

Walau aku benci,
Aku harus memaafkan,
Walau itu amatlah sukar.

Ah manusia,
Mesti ada orang sayang,
Mesti ada juga orang mahu benci.

Itu, fitrah.

Kau tak akan rasa bagaimana rasa susah,
Tanpa kehadiran mereka.

Jadi kau, harus memaafkan mereka,
juga,

berterima kasih.

Sikap pemaaf adalah sikap nabi :')


Coretan Hati

Rusydee artz's

Aku nampak kau,
Kau dengan dia,
Sedang berpegang tangan,
Seolah amat bahagia.

Aku nampak dia,
Dia dengan senyuman,
Senyuman yang amat sinis,
Senyuman itu,
Benar benar ditujukan kepada aku.

Sungguh,
Sunggguh senyuman itu menyakitkan,
Mencengkam jiwa,
Aku tidak mampu lagi,
Tidak mampu lagi membendung air mata.

Air mata turun,
Amat deras,
Air mata itu,
Bagai menari-nari keseronokan,
Seronok melihat tuan empunya air mata,
Kesedihan.

Aku biarkan,
Biar air mata terus mengalir,
Walau aku sakit,
Sakit menahan perit di dada.

Dia,
Kelihatan puas ketawa,
Ketawa terhadap aku,
Yang terjelopok jatuh bersama air mata.

Matanya,
Matanya kelihatan amat gembira,
Melihat aku menahan sakit.

Sakit ini,
Amat perit,
Seolah dicarik carik perasaan ini,
Walaupun engkau cuba mengubati,
Ianya tetap terluka.

Ah! Aku benci perasaan ini!!

Perasaan ini membuatkan jiwa aku mati,
Mati dalam air mata,
Air mata yang telah ditonton,
Oleh kau, dan

dia..

*Tiada kena mengena dengan cinta

Sunday, 1 June 2014

Perasaan perasan

Cik Google

Kau manusia,
Mesti kau pernah rasa sakit,
Bukan sakit pada badan,
tapi,

Hati.

Kau manusia,
Mesti kau pernah rasa dikhianati,
Bukan dikhianati oleh musuh,
tapi,

Kawan sendiri.

Sebenarnya aku penat,
Penat dengan dunia,

Kadang aku terfikir,
Kenapa aku dilahirkan,

Tapi kalau aku tak dilahirkan,
Tak mungkin aku dapat merasa nikmatnya syurga,
atau,

seksanya neraka.

*Terdiam

Aku juga terfikir,
Bagaimana kehidupan selepas kematian,
Yang selama

Lamanya...

Kau tau perasaan tu,
Bila kau dah mula sayang,
Dan kau rasa org yg kau syang tu seakan beri kau harapan,
Eheh, rupanya tu hanya perasaan kau.

Bila kau cuba nak lupakan dia,
Seolah olah dia cuba nak mengejar kau,
Rupanya, kau yang kejar dia,
Tu lah, Perasaan.

Rasa nak lari,
Lari dari masalah,
Tapi tak guna,
Aku terikat pada takdir,
Aku lupa,
Aku hamba,
Hamba pada,

Allah

Betapa jahilnya aku,
Terhadap Dia yang amat mengasihani aku,
Adakah aku lupa yang Dia ada untuk sayang aku?
Tapi, kenapa aku tak boleh sayang dia mcam mana Dia sayang aku?

Semoga aku terus istiqamah dalam penghijrahan.
Inilah perasaan tika aku baru nak dewasa.

Aku sedar, aku di alam realiti.