Friday, 27 December 2013

Neraka vs Syurga

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi.

Dah lama ana tak on blog. 2013 pon dh nk brakhir. Macam mana iman kita ya sahabat?
Alhamdulillah.. Allah masih beri kesihatan kpada ana.. Nikmat untuk bernafas..

Mari kita mulakan..
Tegur jika ana salah..
Ehem2..
Neraka vs Syurga?
Wahhh.. Macam gempak jer kan title?
Hahaha..

Kenapa ana nk post tentang perkara sami'at ni?
Sebab ana selalu terfikir tentang ni..
Cuba ukti wa akhi bayangkan..
Sehari kita di akhirat bersamaan 1000 hari di dunia?!!

Kalau kita masuk syurga memang best..
Nikmat syurga tu..
Allah..
Tak dapat diungkap dengan kata2..

Kalau neraka?
Juga tak dapat nk diungkap dengan kata2 seksaannya..

Neraka Jahanam?
Nak masuk neraka jahanam?
Neraka jahanam ni untuk siapa?
Untuk umat Islam..
Bukan untuk org kafir..
Surah al-mulk ayat 6 ada menyatakan..
Siapa yg akan menghuni jahanam?
Bagi orang yang ingkar..

Orang yg tak solat..
Orang yg tak puasa..
Untuk orang yang ingkar..

Bukan untuk orang kafir..
Tapi untuk orang Islam..
Nak masuk tak?
Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali..

Sahabat fillah,
Kita sepatutnya bersykur dilahirkan dalam Islam..
Kita patut bersyukur..

Cuba bayang..
SELAMA-LAMA-LAMA-LAMAnya kita di akhirat.
Takkan nk masuk neraka?
Allah.. Allah..
Laila haillah..
Allahuma ajirna minannar..

Setengah hari di akhirat bersamaan 500 hari di dunia..
Sahabat,
sedar..
Insaf..
Taubat..

Selagi pintu taubat masih terbuka kan?
Ana mampu tegur..
Tapi tk semestinya ana tk pernah buat dosa..
Asif jiddan..

Assalamualaikum..

Wednesday, 11 December 2013

I'm proud to be your daughter, ayah

surat untuk anak abah
Salam buat puteri abah -kakak ;

dua puluh tahun lalu
masa kakak keluar dari rahim mak,
abah gembira sangat
abah syukur tak terkata
sebab Allah hantar khalifah comel untuk abah dan mak

abah nak didik anak abah
jadi serikandi solehah
macam Siti Khadijah, macam Siti Aisyah
itu niat abah

tahun demi tahun
kakak membesar jadi anak yang cerdik
alhamdulillah
tapi biasala kadang-kadang kakak merajuk tarik muka empat belas juga

abah ingat lagi
masa sekolah rendah
kakak pernah memberontak,
kenapa tak dipasang astro di rumah,
kakak malu,
kononnya susah nak sembang dengan kawan-kawan kalau tak tau perkembangan cerita
aduhai anak abah
bukan abah tak mampu
tapi abah rasa tv banyak bagi keburukan dari kebaikan
lagipun abah rasa siaran yang ada
lebih dari cukup
kakak bukan tengok tv selalu pun

lama juga kakak buat mogok
lama-lama mengalah juga

masa balik kampung rumah atuk
kebetulan kawan-kawan tokwan tengah siang-siang ikan di tepi rumah
kakak dengan selamba saja cakap
rumah atuk busuk bau ikan
aduhai anak abah
main cakap saja ya
biasalah budak-budak lagi

tapi dah besar ni
kena cakap perkara yang baik-baik sahaja tau
tak calar hati orang
atau pun lebih baik
diam

kakak anak abah,
dari tingkatan satu lagi masa abah hantar kakak naik bas untuk balik asrama
setiap kali tu jugak abah pesan untuk ikut usrah
abah tak pasti masa tu kakak faham ke tak
tapi abah tengok kakak angguk
mungkin bosan bila abah asyik ulang ayat sama.

bila kakak tak ada depan mata abah
abah tak tau apa kakak buat di luar sana
abah nak suruh ikut usrah,
sebab sistem usrah boleh pegang hati anak abah
abah risau sangat anak dara abah sorang ni

tapi abah perhati
dari tahun ke tahun
bila balik dari asrama
kakak macam asyik dengan handphone,
satu hari bila abah terjaga dari tidur tengah malam,
abah dengar kakak tengah cakap dengan orang
mungkin dalam telefon
abah macam syak sesuatu

abah tak tau perasaan apa masa tu
tapi abah rasa kecewa
abah rasa gagal
gagal untuk didik anak abah

abah tengok
pakaian kakak pun banyak dah makin singkat
tudung, baju semua
bila mak tegur
kakak buat tak tau saja
abah tengok wajah mak
jelas nampak mak kecewa

kakak.

mungkin kakak tengok abah banyak diam
bila kakak cerita-cerita, pasal kolej, pasal kawan
ada itu, ada ini
seronok kakak cerita

bila kakak minta duit
abah cuba juga usahakan
untuk senangkan anak abah

tapi dalam fikiran abah
ada macam-macam
apa lagi yang abah boleh buat
untuk senangkan kita
"di sana"

abah bagi didikan agama
tapi

...

abah banyak dosa
Allah bagi ujian buat abah
abah tak mampu sekat pergaulan kakak dengan kawan-kawan kat luar sana

kakak,
abah tau,
hati anak abah sebenarnya lembut ,
anak abah baik orangnya
cuma mungkin jiwa remaja buat kakak ter'excited' untuk ikut trend barat kat luar sana

anak abah yang abah sayang,
abah minta maaf kalau kakak rasa abah orang tua kampung yang kolot

tapi abah nak kakak tahu
abah suruh,
abah larang itu-ini
sebab abah sayang kakak

kakak
dosa/pahala kakak sekarang
abah yang tanggung
kakak tahu kan?

kakak tak kesian kat abah, kalau kakak buat dosa,
abah yang kena catat sama?

abah takut
kalau di hari perhitungan nanti
timbangan dosa abah
lagi berat dari pahala
kakak tak nak kalau abah masuk neraka kan?

nau'zubillah

kakak
takde satu pun yang Allah jadikan di atas dunia tanpa sebab
mungkin kakak rasa Allah jauh dengan kakak
tapi sebenarnya
kalau kakak dekat dengan DIA
DIA berlari menuju kakak

agama kita
sudah cukup indah dan sempurna
buat kita semua

kakak dah besar
boleh fikir apa yang terbaik untuk kakak

yang abah mampu cuma doa
doa supaya sebelum abah tinggalkan dunia
abah nak tengok 'bidadari dunia' depan mata ; - kakak.

I love, miss and am so proud of my daughter!

abah nak kakak tahu,

abah tak nak jadi abah kakak masa kat dunia saja
kalau boleh abah nak keluarga kita semuanya hidup sama-sama,

di
syurga

dengan izinNya.

abah,
sayang kakak.

tulus dari hati,

abah




Ana terasa sungguh dgan cerita ni..
Ana sedih dgan diri ana..
Ana rasa mcam ayah ana ja yg bgi surat ni..
Mungkin ayah ana kecewa dgan sikap ana yg dulu..

Ana dulu..
Si jahil yg degil..
Mungkin sekarang ana jahil lagi..

Ana takut dosa ana bebankan ayah ana..
Ana malu dgan sikap ana..

Ana tk dgar ckap ayah ana..
Ana degil..
Jiwa muda ana memberontak..
Tapi, ana bersyukur punya ayah garang..
Ayah yg sangat garang..
Ana syg ayah ana..

*amek masa untuk taubat

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh



Saturday, 7 December 2013

Riak

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Riak? Apa tuh? Allah..

panjat tangga 100 Tigkat , 
sampai atas pergi campak kunci rumah ke bawah , 
Sia2 ! 

sama juga , 

berAMAL berpuluh tahun , 
tapi RIAK


Riak itu ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Kenapa prlu Riak? 
Pahala tk dpat..
Tapi dosa yg awak dpat..

Tapi jgan keliru dgan ujub dan takbur.. 
Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak. 
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Ada faham?
Alhamdulillah.. 

“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum” 
( al-cAraf : 40)


Manusia

Manusia..

Sering lupa akan tanah..
Sering bangga akan langit..

Hingga lupa tanah akan mnjadi rumahnya..
Hingga lupa langit akan runtuh..

Manusia..

Sering lupa akan mati..
Sering leka akan dunia

Hingga lupa akan kematian yg smakin dekat..
Hingga lupa dunia smakin tua..

Manusia..

Sering ingat akan mati..
Sering takut akan mati..

Tapi manusia..
Mereka lupa..
Bahawa mati tk kira masa..
Mati tk kira umur..
Manusia tk bertaubat..
Mereka lupa akan Allah..

Allah :'(

Ya Allah,
Berikan hidayah kepada mereka..
Agar mereka sedar..

Ya Allah selamatkan umat akhir zaman Ya Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin..


Wednesday, 6 November 2013

Dia Hanya Mampu Menulis !



   Biar dia  menulis. Biar dia berkongsi. Kerana itu sahaja yg dia mampu. Dia lemah kerana dia hamba. Dia tidak mahu dipuji dan disanjung. Cukup tidak dihina dan tidak dicaci. Bukan untuk dibangga. Tetapi hanya untuk berkonngsi. Cita-citanya ingin menulis. Jadi janganlah menghalang. Dia cuba jadi penulis yg dikenali. Walaupun dia tahu itu hanya sekadar cita-cita yang mungkin tercapai ataupon tdak. Biarkan dia mencuba.

Sekadar perkongsian